Post Reply Kisah seram seorang kaki pancing
Moderator
5293 cr points
Send Message: Send PM GB Post
34 / M / Malacca ,Malaysia...
Offline
Posted 4/6/08 , edited 4/6/08
Jebol memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Kaut, Jebol terdengar rakan2 sekampungnya Tempang & Azmin bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Jebol dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Jebol masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Jebol bernyanyi riang...cite2 nak masuk AF7 , jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Jebol sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar(alim betol si Jebol nie).

tak lama kemudian Jebol nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Jebol segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Jebol di rakaat yg kedua, Jebol tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu? ingak raja lawak kerr" bisik hati Jebol, setiap kali Jebol sujud, Jebol terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Jebol tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Jebol tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Jebol dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Jebol meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Jebol tersedar."Laknat siotttt.....nawe....he he he he",kate Jebol dalam hati.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Jebol sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Jebol blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

So...pada kaki² pancing sekalian...
pancing tu pancing gak...solat jangan lupa...ajak kengkawan gie mancing same2 nie pegi sorang2 kan dah terkena...ha ha h ahakkkss.

*nama watak2 dalam citer ini adalah rekaan semata2 tidak ader terkena mengena kepada sesiapa yg telah meninggal dunia sebab bace citer aku nie,ataupun yg masih hidup mahupun yg nak pengsan akibat ketawa x henti2 ...salammmm..
Ps....pegi jahanam daaa....
Creator
826 cr points
Send Message: Send PM GB Post
33 / M / Malacca,Malaysia
Offline
Posted 4/7/08
eleh...dia tu ntah solat ke x heh?
Moderator
5293 cr points
Send Message: Send PM GB Post
34 / M / Malacca ,Malaysia...
Offline
Posted 4/8/08
Creator
826 cr points
Send Message: Send PM GB Post
33 / M / Malacca,Malaysia
Offline
Posted 4/8/08
x seram pun ikan ko ni brader..../
Member
5693 cr points
Send Message: Send PM GB Post
103 / F / KL, Malaysia
Offline
Posted 4/8/08
citer ni ader dlm mastika...so biler baca balik dah x saspen...huhuhuhu...cari rr kisah betoi punya.....pengalaman sebenaq kaki pancing..hohohoho...
Moderator
5293 cr points
Send Message: Send PM GB Post
34 / M / Malacca ,Malaysia...
Offline
Posted 4/11/08
Pada awal tahun 2007...member aku gie memancing kat sungai badak n tasik guthrie pada waktu malam...Oleh kerana kawasan di uum ni dikelilingi oleh hutan yg bersebelahan dgn Danuk Thailand...suasananya agak menggerunkan..Mlm tu member aku telah dikacau oleh spesis pontianak...masa tu dalam area pukul 3 lebihlah...Bunyi anjing menyalak tak berenti2...Pagi tu sejuknya mengalahkan dalam air cond...Bunyi pontianak tu mengilai tau2 jelah seram giler...Kat sungai tu ternampak satu lembaga hitam berbulu nak naik dari sungai ke tebing..Mulut member aku n kawan dia terkumat-kamit baca ayat kursi...Dalam hati ckp dia tak kcu kau kau jgn kcu aku...dah biasa dah kena kat sungai tu...tiba2 lebih kurang 20 minit lepas tu dengar dari hutan tu suara perempuan merintih sayup2...Member dier pun ckp Owh sh*t...Dia dah dtg dah..........Kemas2 barang ....dan belah dari situ bawa balik beberapa ekor lampam n baung...Itulah cerita satu malam di sungai badak...
Moderator
5293 cr points
Send Message: Send PM GB Post
34 / M / Malacca ,Malaysia...
Offline
Posted 4/11/08
huikkk...nasib tak ikut balik.cam aku kene kat bt arang 2 tahun lepas.siap ikut blakang kete.siap terbang cam jet SUKOI dibuatnyer ateh kepala ni...heheh....siap menyangkung tepi tasik lagi.tp betul la kata bro batrachopobia suara dia mmg menyeramkan......

kita ni kuar mancing nak plak mancing malam kene laa kuat semangat...bkn semangat m`sia boleh aje tp semangat baca qur`an boleh..heheh nanti lain nak dibaca lain plak bunyi yg kuar...yg penting kita kene hati2....ada telinga dengar ada mata pandang....adios.....
You must be logged in to post.