Post Reply Soal-Jawap Memancing
Moderator
5293 cr points
Send Message: Send PM GB Post
34 / M / Malacca ,Malaysia...
Offline
Posted 4/7/08
Mabuk Laut dan Cara Mengatasinya

Produk "anti-mabuk" dipasaran ada banyak jenis, dan digunakan untuk pelbagai indikasi.. mabuk, muntah, pening2, meloya, selsema dan belbagai lagi....Tidak semua orang sesuai mengambilnya dan perlu awasi kesan sampingan yang kadang kala memudaratkan kesihatan.

Apapun nama-nama yang diberikan adalah nama dagangan (brand name) dan ia sering diguna oleh pengguna. Bagi ahli farmasi, kami lebih selesa dengan nama generik (nama umum) sebab ada berpuluh ribu jenis ubat dipasaran...menggunakan pelbagai nama dagangan.. Macam ubat gigi. (satu nama sahaja) tetapi banyak nama dagangan dipasaran...(colgate, darlie, zaiton dan macam lagi..

Novomin mengandungi ubat dimenhyrdinate manakala Cephadol mengandungi Difenidol yang tergolong dalam ubat-ubat anti-muntah dan mabuk. Banyak ubat-ubat jenama lain untuk mabuk dan muntah juga mengandungi nama /jenis ubat ini.

Ubat-ubat ini hanya boleh dibeli dari farmasi atau melalui pemeriksaan doktor di klinik sahaja. Jika ada kedai lain yang menjualnya,ia adalah satu kesalahan di bawah undang-undang.

Ubat Novomin perlu dimakan 1 atau 2 biji tiga kali sehari, dan bagi pemancing,1-2 biji 30minit sebelum turun ke laut. Saya tidak syorkan ambil Cephadol bagi pemancing-pemancing. Ianya agak kuat dan lebih digunakan untuk rawatan penyakit ketidak-seimbangan yang dialami berkaitan gangguan dalam telinga. Kesannya tidak sebaik ubat-ubat lain yang sering diberi oleh doktor atau farmasi.

Saya akan nasihatkan pemancing, jika tak mabuk atau kesan mabuk tidak menjejaskan aktiviti dilaut, tidak perlu ambil ubat-ubat ini. Jika nak makan ubat juga, memadai dengan ambil 2 biji vitamin B6 (pyridoxin) sahaja.

Saya selalu syorkan mengambil 1 atau 2 biji Meclozine atau kombinasi meclozine dan Vitamin B6, ubat yang murah dan terbukti berkesan. Dimenhydrinate (Novomin) hanya disyorkan kepada mereka yang memang akan mengalami mabuk laut yang teruk setiap kali kelaut.

Harus ingat, ubat-ubat ini akan menyebabkan kesan sampingan seperti lemah-lemah badan, mengantuk, mulut kering, pening-pening dll. Maka, merbahaya jika memandu kereta atau sedang melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan (membaiki mesin, ikatan tali dll).

Kalau kita juga mengambil ubat-ubat lain juga seperti ubat batuk, selsema, gatal akan meningkatkan kesan buruk ubat ini. Maka dos ubat mabuk ini perlu dikurangkan kepada 1 biji sahaja.

Kesan-kesan sampingan mungkin berbeza mengikut individu, dan perlulah mendapat nasihat dari doktor atau farmasi untuk maklumat dan panduan terbaik.

Moderator
5293 cr points
Send Message: Send PM GB Post
34 / M / Malacca ,Malaysia...
Offline
Posted 4/7/08
Kalau selalu baca akhbar (Harian Metro) atau edisi siasat (TV9) kita selalu diselitkan dengan berita berkaitan farmasi. Jika dapat baca dan ikuti ceritanya, saya rasa ramai akan faham dan mendapat maklumat berfaedah...

Nasihat saya pada kawan2 ..dapatkan sumber ubat-ubat dari farmasi atau klinik sahaja...Mereka hanya menjual ubat-ubat berdaftar dengan KKM, asli dan dijamin berkualiti dan selamat. Kita boleh mendapat nasihat dan panduan penggunaannya dengan betul, itu tangungjawab mereka.

Jika nak membeli Tablet Meclozine, ada banyak nama dagangan dipasaran, tak perlu beli yang mahal-mahal. Sebaiknya pilih dalam bentuk "blister packed" yang dapat tahan lama sehingga tarikh luput.

Selain dari Meclozine, saya juga syorkan mengambil Hyoscineyang terbukti berkesan. Ia juga boleh dibeli dalam bentuk "patch" atau "mini-plaster" walaupun harga agak mahal sikit. Ia perlu dipakai (biasanya dilekat di bahagian belakang cuping telinga yang tiada rambut ) 5-6 jam sebelum trip ke laut dan dapat bertahan sehingga 3 hari.

Jika trip ke laut kurang dari 3 hari, memadai dengan ambil 1 biji tablet Hyoscine 30minit sebelum turun ke laut. Perlu ingat, ubat ini perlu diambil 3 hingga 4 kali sehari bagi mengelakkan mabuk berulang dan jangan melebihi dos yang disyorkan.

Tablet Cinnarizine juga berkesan, tetapi perlu diambil 2 jam sebelum trip ke laut. Saya lebih syorkan ubat ini kerana ia tidak memberikan kesan mengantuk yang ketara.

Walau pun banyak lagi ubat mabuk dipasaran, saya syorkan 2 atau 3 jenis sahaja yang berfaedah dan sesuai..

Hyoscine atau meclozine /Vitamin B6(mabuk sederhana)
Cinnarizine atau Dimenhydrinate (mabuk yang mudarat)
Moderator
5293 cr points
Send Message: Send PM GB Post
34 / M / Malacca ,Malaysia...
Offline
Posted 4/7/08
member punya petua pulak simple je
aku dah buat benda ni dan ada ajar member2 yg first time turun laut, terbukti berkesan

1) 3hari sblm ke laut kena setting mental/ fizikal kita dulu
iaitu buangkan angin dlm bdn kita. angin dlm badan
menybabkan kita pening2 dan muntah. cara nya ialah
minum eno halia 1hari 2ke4 pek.
2) makan kena jaga jgn belasah je agak jgn mkn pedas
atau berempah'
3)rehat kena cukup, sebab kat laut hanya kita byk
menggunakan tenaga mental dan fizikal .
4)makan ubat mabok yg diambil di clinic2 ckap je kat
doktor kata nak pi laut.dia akan bagi punya, tapi yg
terbaik sy mkn ubat mabok ialah ubt mabok utk
ibu mengandung.
5) Jgn sekali2 pikit adakah aku mabok??? byk kan
bersembang2 dgn kwn masa atas bot


sekarang sy turun lau dah x mkn ubat lagi sebab ubat 2 tu semua boleh mendatangkan keburukan jika selalu diamalkan.
yg penting sekali bg aku la BUANG ANGIN DR BADAN DULU SBLUM NAIK BOT .
Moderator
5293 cr points
Send Message: Send PM GB Post
34 / M / Malacca ,Malaysia...
Offline
Posted 4/7/08
Lagi satu petua kalau koghang nak try ialah..............................

Dahulu saya seorang yang memang mabuk(bukan minum arak tau)... bukan sahaja mabuk laut naik kenderaan pun boleh mutah hijau.. Tetapi ada satu PETUA yang diberikan oleh arwah atuk saya yang bagi saya ianya amat mujarab.

Petuanya ialah :
Mungkin tuan-tuan ada perasan ikan yang ditangkap/dibeli kadangkala ada anak ikan yang masih terlekat didalam perut atau dimulut ikan tersebut. haaa selalunya kita buang tetapi kali ini sesiapa yang mempunyai masaalah mabuk ini, ambil ikan tersebut dan celornya.. kemudian makan/telan.. Tapi kalau nak mujarab lagi makan mentah-mentah dan jangan yang lupa bg yang islam selawat keatas nabi kita Muhammad (SAW).

Saya telah membuatnya dan allhamdullilah sampai sekarang saya takde masaalah mabuk2 ni... Kalau tak dulu baru 2 minit naik kete atau sampan dan terkeluar semua isi dalam perut...

Kalau ditanya saya apa relevennya tentang anak ikan ini dengan mabuk? saya akan jawab semuanya kuasa Allah. Tetapi petua ini telah diturunkan turun temurun oleh datuk-nenek saya yang hampir semuanya nelayan pantai..
selamat mencuba....
Moderator
676 cr points
Send Message: Send PM GB Post
36 / M / malaysia
Offline
Posted 4/7/08
klau nak mabuk kuar ajer huek... abis satu pinggan nasi kuar blik....///
Moderator
5293 cr points
Send Message: Send PM GB Post
34 / M / Malacca ,Malaysia...
Offline
Posted 4/7/08
ha ha ha ader mabuk...tu lah blagak sangat...amacam best mancing dlm bot atau pening kepala sebab mabuk....mener asam pedas ikan pari yg kau tangkap tue...ahakkkkss
Creator
826 cr points
Send Message: Send PM GB Post
32 / M / Malacca,Malaysia
Offline
Posted 4/8/08

akus wrote:

klau nak mabuk kuar ajer huek... abis satu pinggan nasi kuar blik....///


aku rasa ia nak kasi ko buang angin lah first time....lps tu dah ok kot....?
Creator
826 cr points
Send Message: Send PM GB Post
32 / M / Malacca,Malaysia
Offline
Posted 5/5/08
....Teluk Gong

alo akus....area yg ko nak gi tu aku ade pernah pergi....mula-mula sblm nak mancing ikan besar,kita kena cari umpan dulu.cari anak ikan atau cari sotong.klu nak cari anak ikan kena turun laut waktu siang.jd bila hari dah senja, ikan kecil x nak mkn.Jd ko kene trn sebelum senja la...klu mancing waktu siang sehari suntuk lg galak....tp tu lah,ko x tahan nanti.aper adehal,klu dah mancing mesti lupa punyer ttg panas....ttp ingat klu mancing siang terpaksa lah bawa air satu gelen....haus beb,bkn ckp main2 ni....

ok,sana klu nak cari anak ikan spt ikan selar,cencaru,beliak mata,tamban dll, ia ada semasa air ade arus....ikan ni semua utk digunakan utk tangkap ikan besar spt talang,alu-alu,tenggiri,parang...bleh gerk pakai semasa main kat area karang,mana tau klu nak rezeki,jenahak naik ke...anak ikan yg top 5 ialah tamban....klu bleh cari tamban dhe.....

batu mesti stanby gerk....area selat melaka ni lain mcm sikit....klu dlm tide chart tunjuk arus perlahan, kat laut x semestinya perlahan,kena bawa la batu saiz 6,10,12,14,16......mcm aku lebih sesuai pakai dua je.satu amboh satu lg rod 5.5' jigging.....
amboh aku pakai main line dlm 200lb sambung kat cenaka/tanduk pakai batu 14 atau 16.mata besar pakai saiz 3 atau 4.panjang perambut dlm setengah depha(dr hujung jari sampai hidung) .rod untuk main apollo atau ikan kecil terminal tackle 'T'(penyambung antara cili dengan perambut).mata sederhana saiz 6,7,8.pjg perambut dari hujung jari sampi siku je....yg sesuai tangkap gemang,mayong,sekot,gelama dll sesaiz dgnnya....

ikan besar guna anak ikan atau sotong laut....ikan kecil guna sotong pasar....kat sana klu nak cari anak ikan pada waktu siang,ada arus,pakai apollo bulu kat kedai.....klu nak cari cencaru buat sendiri apollo pakai bulu itik.lubuknya kat area lampu boya dekat depan jeti je....atau nak cari selar kuning kat area "boya hijau" kat depan lg lebih kurang satu jam smpi sana...kat area boya pun ok gak nak cari ikan besar....klu ia nak bg,ada talang,tenggiri(klu kena musim nyer),alu-alu....kat karang jerung ko kena arus lemah atau mati baru ikan hentam ko punya umpan,klu x mrk duduk la dlm karang tu.tu sj yg bleh aku beri tips kat sana.jd lah sebagai pedoman...klu dah terdesak je baru tlg org...kdg2 manusia ni byk pandai....ko jgn kata aku ajar pla....nak ikut bleh,x nak ikut pun x pe....nanti org kate aku tunjuk pandai plak.....gud luck....
Moderator
1170 cr points
Send Message: Send PM GB Post
76
Offline
Posted 5/11/08
beli kelasi nye ubat mabuk ^_^ 1 bijik 7 jam leh tahan ader jual kat lumut perak.. 1 bijik RM 3 kene ekor naga pon no problem.. kalu mkn x rase lapar sgt aku lupe name die sebab yg jual tue navy huhuhuhu... kasi buang angin lor dlm badan sebelum pergi laut.. kalu dlm bot tue makan la bende2 yg masam2.. buang air dulu sebelum nek bot
kalu rase nak muntah or dah fening2 tue baring la dulu x tue terjun kat laut tue ^_^.. biase nye kite mabuk pada waktu mlm.. sebab bau air laut nek mase tue angin pon kureng huhu ....
kalu pergi laut jgn luper beli tembikai bayak2.. kalu nak mabuk tue makan la tembikai merah tue .. kureng sket mabuk nye.. tembikai sejuk2 sedap OOooOO
kalu korang biase pergi laut dlm cam kat pelantar2 tue ombak nye x la besar sgt cume arus kat bawah tue kuat...aku tiap2 bulan 4 mesti turun pelantar kat ganu.. ^^ tp taun nie miss lor busy ngan keje.. kalu rase2 dah otai mancing try tarik GT besar2 pintu rumah korang huhu.. cam aku demam terus huhuhuhu... kat tempat aku keje ader kelab memancing... huhuhuh kire untung gak la.. ^^
oh yer lupe lak ... skunk musim layaran kat karang luas.. rase2 nak tarik ikan tue leh gi kat sane ^^
selamat memancing...
Member
5693 cr points
Send Message: Send PM GB Post
102 / F / KL, Malaysia
Offline
Posted 5/11/08

softice wrote:

beli kelasi nye ubat mabuk ^_^ 1 bijik 7 jam leh tahan ader jual kat lumut perak.. 1 bijik RM 3 kene ekor naga pon no problem.. kalu mkn x rase lapar sgt aku lupe name die sebab yg jual tue navy huhuhuhu... kasi buang angin lor dlm badan sebelum pergi laut.. kalu dlm bot tue makan la bende2 yg masam2.. buang air dulu sebelum nek bot
kalu rase nak muntah or dah fening2 tue baring la dulu x tue terjun kat laut tue ^_^.. biase nye kite mabuk pada waktu mlm.. sebab bau air laut nek mase tue angin pon kureng huhu ....
kalu pergi laut jgn luper beli tembikai bayak2.. kalu nak mabuk tue makan la tembikai merah tue .. kureng sket mabuk nye.. tembikai sejuk2 sedap OOooOO
kalu korang biase pergi laut dlm cam kat pelantar2 tue ombak nye x la besar sgt cume arus kat bawah tue kuat...aku tiap2 bulan 4 mesti turun pelantar kat ganu.. ^^ tp taun nie miss lor busy ngan keje.. kalu rase2 dah otai mancing try tarik GT besar2 pintu rumah korang huhu.. cam aku demam terus huhuhuhu... kat tempat aku keje ader kelab memancing... huhuhuh kire untung gak la.. ^^
oh yer lupe lak ... skunk musim layaran kat karang luas.. rase2 nak tarik ikan tue leh gi kat sane ^^
selamat memancing...


waaa....pandai la u nih...kih3...mana dapat tip2 tue...
Moderator
676 cr points
Send Message: Send PM GB Post
36 / M / malaysia
Offline
Posted 5/19/08
tip mkan ubat mabuk. kat bot buat ler sbok2 atau lari keliling bot muahahahahah ///
Member
5693 cr points
Send Message: Send PM GB Post
102 / F / KL, Malaysia
Offline
Posted 5/20/08

akus wrote:

tip mkan ubat mabuk. kat bot buat ler sbok2 atau lari keliling bot muahahahahah ///


ni lagi bernas idea...bleh exercise skali...kui3
You must be logged in to post.