First  Prev  1  2  3  Next  Last
Post Reply Faktor2 PLM Menolak B.I. Sebagai Bahasa Sains & Matematik
Assistant Mod
26851 cr points
Send Message: Send PM GB Post
31 / M / Few kilometres fr...
Offline
Posted 11/24/08
Pendidikan & Bahasa
1. Kerajaan mesti mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI) ke dalam bahasa Melayu (BM) kerana langkah ini terang-terangan melanggar Akta 152. AKTA 152 ini telah termaktub dalam Perlembagaan Negara sejak sekian lama dan tidak pernah dipersoalkan kesahihannya. Hanya setelah kerajaan menukar bahasa PPSMI dan ditambah dengan pentadbir negara tanpa segan silu memperjuangkan bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa global, maka hari ini kaum bukan Melayu dan segelintir orang dan pemimpin Melayu sendiri telah terang-terangan memperkecilkan dan menghina BM dalam semua aspek, dari kuliah mata pelajaran di institusi pendidikan (peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pembangunaan negara sehingga ke papan tanda jalan raya).

2. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua Malaysia telah diiktiraf sebagai arkitek perpaduan Malaysia dengan merentas etnik. Laporan Razak telah berjaya menyatupadukan semua kaum dengan penggunaan BM. Sejak dari itu tidak ada lagi masalah 13 Mei di Malaysia. Ini adalah kerana semua kaum mendapat peluang pendidikan yang saksama dengan bahasa pengantar yang sama. Dengan PPSMI dalam BI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu. Mengapa Melayu? Mereka adalah 70% penduduk luar bandar. Ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.

3. Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pembangunan dan bahasa kemajuan bagi negara ini. Warganegara dan pemimpin yang bermaruah, berjiwa besar dan mempunyai jati diri yang kukuh pasti yakin dan akan berusaha merealisasikan peranan BM yang utama tersebut. Ini terbukti dari tahun 1970-2007, kita telah melahirkan ramai teknokrat dan profesional dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya dan orang Malaysia umumnya dengan menggunakan bahasa kebangsaan melalui sistem pendidikan kebangsaan. Peratusan bagi jurutera, akauntan, doktor, saintis Melayu telah meningkat. Malah UKM yang menggunakan BM sebagai bahasa pengantar berjaya menduduki di tangga bawah 200 dalam senarai Times Higher Education Supplement (THES). Senarai THES 2007 menunjukkan kebanyakan universiti dunia yang menggunakan bahasa kebangsaan berjaya menduduki tangga di bawah 50. Ini bermakna bahasa kebangsaan bukan penghalang kepada kemajuan. PPSMI ialah mekanisme atau “bom nuklear” yang dapat menghancurkan peranan bahasa Melayu sebelumnya sebagai bahasa kemajuan dan pembangunan negara ini.

4. PPSMI tidak memerlukan apa-apa kajian lanjutan. Penukaran BM kepada BI pada tahun 2003 tidak pernah dilakukan sebarang penyelidikan. Rakyat dikejutkan dengan pertukaran dasar ini. Alasan yang diberikan dengan menggunakan BI pada PPSMI akan memperbaiki kelemahan BI pelajar. Jadi isu yang sebenarnya atau yang utama ialah untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di Malaysia. Namun hasilnya masih tetap sama. Penguasaan BI pelajar yang majoritinya lemah terus menjangkit pula pada subjek Sains dan Matematik. Jika dahulu kita dapat lihat anak-anak dari Semberong, pedalaman Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan lain-lain dapat menjadi doktor, saintis, akauntan, bermungkinan besar pada 5 tahun akan datang jumlahnya akan merosot dengan teruk sekali. Penguasaan BI mestilah melalui mata pelajaran BI. Siapakah dan generasi siapakah yang akan rugi?

5. Keputusan UPSR dan PMR selalu mencatatkan pencapaian BI pelajar lemah adalah sekitar 70%. Dakwaan ini ternyata benar apabila saya melakukan penyelidikan di Johor. Memang pelajar pinggir bandar dan luar bandar terpukul teruk dengan pelaksanaan PPSMI. Memang hampir 70% responden Johor lemah dalam BI. Bagaimanakah mereka dapat meneruskan perjuangan di peringkat yang lebih tinggi? Kajian saya di peringkat nasional di bawah payung UKM-DBP menunjukkan mereka yang di bandar, bukan Melayu, mereka dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI. Ini bermakna mereka akan menguasai sektor pekerjaan dan menyisihkan mereka yang majoritinya di luar bandar, bangsa Melayu dan mereka dari keluarga berpendapatan rendah.

6. Keputusan pilihan raya ke-12 juga adalah manifestasi bangsa Melayu atau orang Melayu yang marah dengan penyelewengan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini. Orang Melayu kalau marah mereka akan diam. Tetapi mereka protes dalam bentuk undi! Percayalah kekalahan UMNO baru-baru ini adalah tidak mustahil merupakan manifestasi kemarahan orang Melayu yang suaranya, pandangannya dan kritikannya tidak dipedulikan langsung oleh para pimpinannya dan faktor PPSMI adalah salah satu daripadanya. Negara ini bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan China, bukan Taiwan, malah bukan Singapura dan bukan mana-mana negara. Malaysia adalah Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum tertubuhnya kerajaan Melayu Melaka lagi. Fikirkanlah.

“CINTAILAH BAHASA KITA”

Salam hormat,
PROF. DR. NOR HASHIMAH JALALUDDIN
PRESIDEN PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA
Moderator
4691 cr points
Send Message: Send PM GB Post
32 / M / Kamina City
Offline
Posted 11/25/08 , edited 11/25/08

Aegis85 wrote:


adakah hishamuddin bersalah sbb dia langgar 152
Assistant Mod
26851 cr points
Send Message: Send PM GB Post
31 / M / Few kilometres fr...
Offline
Posted 11/25/08
kalau nak di salahkan kena salahkan seluruh bhgn kementerian pendidikan sbb seorang saja tak boleh buat keputusan.
Head Of Mod
8109 cr points
Send Message: Send PM GB Post
29 / M / Trg,Malaysia
Offline
Posted 11/26/08
beruntungnya batch aku dlu adalah batch terakhir math/science dlm bahasa mlayu..
Assistant Mod
26851 cr points
Send Message: Send PM GB Post
31 / M / Few kilometres fr...
Offline
Posted 11/26/08
aku pon...tapi aku dulu buku rujukan byk dlm BI
Malaysian
4600 cr points
Send Message: Send PM GB Post
23 / M / Alone...............
Offline
Posted 11/26/08
ake rase dierang x pass ujian B.I kot?
Assistant Mod
26851 cr points
Send Message: Send PM GB Post
31 / M / Few kilometres fr...
Offline
Posted 11/26/08

bohza wrote:

ake rase dierang x pass ujian B.I kot?


itu satu...satu lagi mungkin sbb dah terasa sangat bahasa melayu main pupus. u tau perkataan 'penasaran'? 2~3 tahun dulu perkataan ni masih byk dlm media cetak tempatan. tp sekarang aku tak pernah jumpa lagi
Malaysian
9892 cr points
Send Message: Send PM GB Post
Offline
Posted 11/26/08
bahasa melayu dan inngeris kita ok oh...........dan saya baca surat khabar dan tak ingat siapa hina kaum cina dan cincai arrest reporter yng tak bersalah.....duh.......
Moderator
15556 cr points
Send Message: Send PM GB Post
21 / F / Malaysia,South Ea...
Offline
Posted 11/26/08
yaay!! perjuangkan bahasa melayu!!
tp ade stu lgik masalah..bahasa inggeris di "melayu"kan
Head Of Mod
8109 cr points
Send Message: Send PM GB Post
29 / M / Trg,Malaysia
Offline
Posted 11/26/08
tp kn,aku rasa,ramai dh student skng terer BI ni..
seigt aku,time aku upsr dlu,BI ni dh jd mcm subjek taboo utk cikgu/student..
aku sndri xtau sience/math ni wajar ke x diajar dlm BI.tp aku rasa ada sedikit menolong kot..
sbb adik aku yg bengap BI tu pn lama2 bleh speaking,writing dlm BI..
mungkin ada pro dn kontra dia sndri psl sience/math diajar dlm BI..
Moderator
4691 cr points
Send Message: Send PM GB Post
32 / M / Kamina City
Offline
Posted 11/26/08
hm...BI di malaysia dpt diperkembangkan dgn Internet(yg laju ckit )dgn cara CHAT ngan org luar negara
Assistant Mod
26851 cr points
Send Message: Send PM GB Post
31 / M / Few kilometres fr...
Offline
Posted 11/26/08

pegash4rk wrote:

tp kn,aku rasa,ramai dh student skng terer BI ni..
seigt aku,time aku upsr dlu,BI ni dh jd mcm subjek taboo utk cikgu/student..
aku sndri xtau sience/math ni wajar ke x diajar dlm BI.tp aku rasa ada sedikit menolong kot..
sbb adik aku yg bengap BI tu pn lama2 bleh speaking,writing dlm BI..
mungkin ada pro dn kontra dia sndri psl sience/math diajar dlm BI..



kser34 wrote:

hm...BI di malaysia dpt diperkembangkan dgn Internet(yg laju ckit )dgn cara CHAT ngan org luar negara


setuju sgt!

mmg student skrg ramai yg dah pandai BI esp yg selalu pakai komputer. yg jd masalah nya ade yg terlalu manja x nak guna BI sbb dia dah 'mudah' dah senang sangat dgn ape yg dia ade...tu yg susah tu. bila nak carik kerja barulah tersengih2 depan interviewer..suka2 je reply dlm BM...pastu dia plak bagi alasan nak pertahankan BM. memalukan betul(sebenarnya menda ni jadi masa aku gi satu interview. ade budak kampung tu selamba je jawab gitu...malu aku yg duk sebelah dia.)
Malaysian
419 cr points
Send Message: Send PM GB Post
28 / M / Busan
Offline
Posted 11/26/08
Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia
Moderator
4691 cr points
Send Message: Send PM GB Post
32 / M / Kamina City
Offline
Posted 11/27/08
aku dulu teuk gila bahasa inggeris siap ngan kawan aku kat German tu pon bley thn teruknya la ni dua-dua ok haha
Chaos Mod
11975 cr points
Send Message: Send PM GB Post
23 / M / At Secret Akatsuk...
Offline
Posted 3/5/09


lebih kurang sama dengan isu PPSMI kan,tul tak??
First  Prev  1  2  3  Next  Last
You must be logged in to post.